Monday, August 20, 2018

Husna’ kini bergelar datin !

Husna’ kini bergelar datin

nina-baharun.jpg
KUALA LUMPUR – Suami pelakon popular Niena Baharun, Aliff Firdaus Abdul Hadi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk dalam satu istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam. Ia sekaligus membuatkan pelakon yang mencipta fenomena menerusi watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu kini bergelar Datin. “Ya, suami menerima Darjah Indera Mahkota yang membawa gelaran Datuk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad menerusi mesej kiriman WhatsApp.
Niena bersama suaminya Aliff.
Niena mendirikan rumah tangga dengan usahawan tersebut pada 1 Februari 2018. Pelakon drama Sayangku Kapten Mukriz itu kini juga sedang berbadan dua. – 

sumber: 

KOSMO ONLINE Karya Emy Roberto bikin Husna Trending

Sudah-Sudahlah - MaSS & Bukan Suka-Suka - Tyqa Buloonk ada kaitan?



Sudah-Sudahlah - MaSS & Bukan Suka-Suka - Tyqa Buloonk ada kaitan?

June 8, 2018
Bulan April 2018 baru-baru ini Skass Music Concept telah mengeluarkan dua buah lagu sekali iaitu Sudah-Sudahlah yang disampaikan oleh kumpulan duo MaSS dan Bukan Suka-Suka yang disampaikan oleh Tyqa Buloonk.

Lagu Sudah-Sudahlah merupakan hasil tulisan Matlankidz sepenuhnya manakala lagu Bukan Suka-Suka ditulis oleh Matlankidz dan liriknya ditulis oleh Tyqa Buloonk sendiri.

Jika dihayati lirik kedua-dua lagu tersebut, memang berkaitan.
______________________________________________
Lirik "Sudah-Sudahlah"

Sudah-Sudahlah
Janganlah merajuk
Bikin penat bah kalau selalu memujuk
Cukup-cukuplah
Kau bermasam muka
Kau inda penatkah selalu begitu?

Maaflah
Andainya aku selalu saja bikin panas
Masihkah engkau ingat yang dulu
Mula-mula kita bercinta?

Akulah cintamu sampai aku mati
Engkau hemoglobin di dalam darahku
Jika engkau tiada putuslah nafasku
Jadi aku mohon jangan kau tinggalkan aku

Lirik "Bukan Suka-Suka"

Bukan suka-suka selalu merajuk
Bukan tidak penat selalu marah-marah
Aku bukan gila yang suka melalak
Tapi aku juga manusia biasa

Baiklah aku minta maaf
Kerana selalu bikin pusing
Aku masih lagi ingat mula-mula kita bercinta

Aku sayang kamu sepenuh hatiku
Tiada insan lain selain dirimu
Akulah cintamu sampai maut tiba
Tiada ragu-ragu
Aku cinta kamu dan takkan berpisah
Walau ribut taufan yang datang melanda
Walaupun rambut mu sudah jadi putih
Kau tetap ku cinta

Dan apabila mentari muncul setiap pagi
Begitulah cintaku padamu
Tidak pernah berkurang
Sama setiap hari
Walau awan datang menghalang
______________________________________________

Ternyata lirik Sudah-Sudahlah dibalas oleh lirik Bukan Suka-Suka. Walaupun lirik lagu ini nampak serius tetapi ada unsur jenaka yang boleh mencuit hati pendengar.

Dari segi melodi, kedua-dua lagu ini agak mudah, catchy dan senang dihadam oleh telinga pendengar. Tambahan pula, kedua-dua lagu tersebut disampaikan Sonny B & Tyqa Buloonk masing-masing dengan cara tersendiri dan meyakinkan. Walaupun begitu, melodi Bukan Suka-Suka agak berbeza jika dihayati secara harmoni terutamanya di bahagian korus yang mana target note yang kedua atau kesembilan diberi penekanan. Begitu juga di bahagian bridge; target note yang kedua pada kord kedua. Ini yang menjadikan melodi Bukan Suka-Suka menarik didengar.

Susunan muzik bagi kedua-dua lagu ini adalah mudah bagi memberikan peluang kepada pendengar untuk menghayati perjalanan liriknya. Matlankidz merupakan individu yang bertindak sebagai penerbit kedua-dua lagu tersebut.


Kredit kepada Sumarli untuk rekabentuk kulit bagi kedua-dua single ini.

Untuk mendengar lagu-lagu ini bolehlah masuk ke Youtube Channel Skass Music Concept dan subscribe.

www.matlankidz.com
www.youtube.com/matlankidz
www.skassmc.wixsite.com
www.youtube.com/skassmusicconcept

Kredit kepada artikel asal: 
https://www.matlankidz.com/single-post/2018/06/07/SudahSudahlah-MaSS-Bukan-SukaSuka-Tyqa-Buloonk

TERKINI!! Dentuman, gegaran dirasai di pantai barat Sabah akibat meteor?

Gambar sekadar hiasan (bukan gambar sebenar)


 Dentuman, gegaran dirasai di pantai barat Sabah akibat meteor?


21 Ogos 2018 1:35 AM


KOTA KINABALU 21 Ogos - Satu dentuman kuat disusuli gegaran selama beberapa saat dirasai di sekitar Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli kira-kira pukul 11.30 malam tadi.


Pegawai Jabatan Meteorologi negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat punca gegaran tersebut, namun mengesahkan tiada gempa bumi yang berlaku malam ini.


"Kami tidak tahu apa puncanya, yang pasti tiada gempa bumi berlaku," katanya yang enggan dikenali.


Sementara itu, di laman sosial Facebook, beberapa pengguna mendakwa melihat satu cahaya seperti meteor di langit selama beberapa minit sebelum meletup dan mengeluarkan bunyi yang kuat.


"Ada yang nampak tahi bintang biru, merah warna dia, mungkin jatuh," kata seorang pemilik akaun bernama Maxeedar Lim Max.


Seorang lagi pengguna Jenius Sangir berkata, satu cahaya berwarna merah kelihatan di langit kira-kira dua minit sebelum hilang dan disusuli bunyi kuat seperti guruh.


Selain itu, beberapa pengguna turut mengandaikan letupan tersebut mempunyai kaitan dengan latihan ketenteraan melibatkan sebuah kapal perang dari Amerika Syarikat (AS) yang berlabuh di Sepanggar semalam.


Sehingga kini, Utusan Malaysia masih belum berjaya mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tentang insiden berkenaan. -

sumber: UTUSAN ONLINE






Monday, August 6, 2018

Rupanya Pelakon Lia Natalia berasal dari Sabah

KARAKTERNYA yang ceria tidak menyukarkan Lia Natalia, 19, pendatang baru dalam industri lakonan untuk beraksi di hadapan kamera. 

Nama pun model dan ratu cantik, sudah pasti bekas finalis Pilih Kasih musim kedua (PK2) ini sudah biasa melakukan pelbagai gaya apabila diminta berbuat demikian. 

Gadis dari Tawau, Sabah ini pernah menyertai banyak majlis peragaan fesyen dan menjadi model untuk sebuah butik pengantin di negeri kelahirannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memenangi banyak pertandingan ratu cantik yang disertainya sejak tahun 2009. 

Setelah menyertai bidang lakonan lebih sebulan lalu, Lia telah ditawarkan berlakon sebuah telefilem berjudul Pautan Kasih Rabecca dan filem Azura 2011 arahan Aziz M.Osman. 

Lia baru selesai menjalani penggambaran telefilem tersebut di Kota Kinabalu dan Kota Belud, Sabah dan drama itu dijangka akan menemui penonton pada pertengahan tahun ini di TV2.
Nama : Lia Natalia
Umur : 18 Tahun
Tarikh Lahir : 12 November 1992
Bangsa : Melayu (sumber dari media) Cocos (dari Lia sendiri)
Asal : Tawau, Sabah
Sementara untuk filem Azura 2011 pula, dia akan menjalani penggambaran pada April ini bersama beberapa rakannya dari PK2 iaitu Livonia, Ku Haris dan Bodt Sharade.


Minum teh herba 

Melihat raut wajahnya yang cantik sudah pasti membuatkan ramai orang akan terpegun. Ditambah pula dengan senyuman manisnya yang tidak lekang di bibir ketika menyusun kata.Berkongsi tentang rahsia kecantikan, Lia sebenarnya seorang yang sederhana dalam menjaga penampilan. 

Jadi, kecantikan luarannya banyak dibantu oleh kecantikan semula jadi di tambah pula dengan wajah kacukannya menambahkan ayu gadis ini. Kata Lia, nenek moyangnya berasal dari Australia. 

Anak bongsu dari empat beradik ini hanya mengamalkan rutin kecantikan seperti biasa setiap hari di samping menggunakan beberapa produk tambahan. 

“Saya baru menggunakan rangkaian produk Garnier terutama pencuci, penyegar dan krim pelembap sejak enam bulan lalu setelah berhenti menggunakan jenama produk lain yang menyebabkan kulit muka saya bertambah nipis. 

“Saya memilih Garnier kerana fungsinya dirasakan sama seperti saya menggunakan produk lama setelah disarankan oleh abang saya. 

“Selain itu, saya menggunakan kosmetik jenama 4U2 Cosmetics kerana sesuai dengan kulit saya,” katanya kepada OopStarz!. 

Menyentuh tentang penjagaan badan, Lia sempat berkongsi tentang penggunaan krim pelangsing badan memandangkan tubuhnya semakin berisi dan berat badannya bertambah sebanyak 8 kilogram selepas memasuki PK2. 

“Saya nak kurus semula dan menggunakan krim pelangsing untuk disapu di bahagian badan yang menggeleber seperti perut dan lengan tangan. 

“Semasa menyertai PK2, saya lupa membawa krim itu, jadi sekarang saya mula menggunakannya semula. Saya sudah memakai krim tersebut sejak menyertai dunia peragaan kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya turut mengamalkan minuman teh herba setiap kali selepas makan nasi untuk memudahkan proses nyah toksin dalam badan,” kata Lia lagi. 

Tentang pemakanan, untuk memudah proses menurunkan berat badan, Lia cuba mengelak makan nasi dengan kuantiti banyak dan hanya mengambil nasi seminggu sekali. 

Sebagai ganti nasi, sepupu kepada bekas “supermodel” Renee ini mengamalkan makanan seperti roti, biskut dan sayur-sayuran. 

Naik dan turun tangga 

Memandangkan dia berasal dari Tawau, Sabah, gadis ini juga bercerita tentang cara orang Sabah menjaga kecantikan kerana kebanyakan wanita di negeri itu memiliki raut wajah yang manis. 

Kata Lia, kebanyakan wanita di sana banyak mengamalkan jamu seperti jus dalam botol yang boleh didapati di pasar kawasan Tawau. 

“Jamu tersebut dijual dalam pelbagai jenis seperti untuk kecantikan kulit dan membuang lemak. Saya tidak mengamalkan jamu tetapi kakak saya biasa mengambil jamu. 

“Bagaimanapun, saya mengetahui khasiatnya yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang itu seperti awet muda dan menguruskan badan,” ceritanya. 

Selain itu, Lia turut melakukan senaman turun dan naik tangga di rumahnya setelah merasakan senaman yang diamalkan sebelum ini kurang memberikan kesan kepadanya. 

Senaman dalam bentuk tarian juga dirasakan amat berbaloi untuk dilakukan tambahan lagi Lia gemar menari apa sahaja jenis tarian termasuk tarian tradisional dan moden. 

Lia pernah mengikuti kelas tarian sewaktu belajar di tingkatan tiga, empat dan lima di sekolah menengah. - mStar

'Anugerah Artis Sabah' Mampu Bawa Perkembangan Baik Di Bidang Seni


Anugerah Artis Sabah' Mampu Bawa Perkembangan Baik Di Bidang Seni


Marsha
Marsha
KOTA KINABALU: Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya majlis 'Anugerah Artis Sabah' yang julung kali diadakan mampu membawa perkembangan pesat terhadap bidang seni muzik, nyanyian dan perfileman tempatan.
Sambil menyokong usaha itu, Rais berkata inisiatif Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS) menganjurkan anugerah itu wajar disokong semua pihak bagi memberi ruang dan peluang memartabatkan golongan artis di negara ini.
"PARAS harus meneruskan usaha murni ini sejajar dengan kedudukannya yang terdiri daripada kepelbagaian suku kaum di negeri ini dan Sabah benar-benar mengamalkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian anugerah itu di Pusat Konvensyen Star City di sini malam ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian Azemi Che' Haron.
Rais turut mengucapkan tahniah kepada PARAS kerana berjaya merealisasikan majlis seumpama itu bagi menghargai bakat dan sumbangan artis Sabah yang banyak berjaya di peringkat negeri malah negara dan antarabangsa.
Pada majlis itu, penyanyi tersohor dengan lagu 'Anak Kampung', Jimmy Palikat dianugerahkan sebagai Penyanyi Lelaki Pilihan dan Clarice John Matha sebagai Penyanyi Wanita Pilihan.
Sementara itu, Pelakon TV Pilihan dianugerahkan kepada Marsha Milan Londoh dan penyanyi serta pelakon yang juga presiden PARAS Abu Bakar Ellah dikurniakan Anugerah Bintang Seniman Kinabalu.
Sebanyak 30 anugerah dalam empat kategori utama iaitu Anugerah Pilihan, Anugerah Pencapaian, Anugerah Khas dan Anugerah Bintang Seniman Kinabalu diberi kepada pencapaian artis negeri ini sepanjang tempoh 2002 hingga tahun ini.
Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah Abdul Jailani Mahmud dan Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul.- BERNAMA

Husna’ kini bergelar datin !

Husna’ kini bergelar datin 19/08/2018 Author Editor KUALA LUMPUR – Suami pelakon popular Niena Baharun, Aliff Firdaus Abdul H...